29 June 2011
22 June 2011
18 June 2011
Perodua Myvi Elegance 1.3, Gambar Dan Harga
Sejak dilancarkan semalam, Myvi Elegance 1.3 telah mencecah 8 ribu tempahan.

Berikut adalah harga Myvi Elegance:

Berikut adalah harga Myvi Elegance:
Berikut ialah senarai harga Perodua Myvi 2011 Standard dan Premium -
1) Standard 1.3 SX (M) Solid – RM43,900.00
2) Standard 1.3 SX (M) Metalik – RM44,400.00
3) Standard 1.3 SX (M) Pearl White – RM44,800.00
4) Standard 1.3 EZ (A) Solid – RM46,900.00
5) Standard 1.3 EZ (A) Metalik – RM47,400.00
6) Standard 1.3 EZ (A) Pearl White – RM47,800.00
7) Premium 1.3 SXi (M) Solid – RM46,900.00
8 ) Premium 1.3 SXi (M) Metalik – RM47,400.00
9) Premium 1.3 SXi (M) Pearl White – RM47,800.00
10) Premium 1.3 EZi (A) Solid – RM49,900.00
11) Premium 1.3 EZi (A) Metalik – RM50,400.00
12) Premium 1.3 EZi (A) Pearl White – RM50,800.00







Sumber: ArenaKereta.com
15 June 2011
13 June 2011
^^
When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind
When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply
When a GIRL looks at u with eyes full of
questions,
She is wondering how long you will be
around
When a GIRL answers "i'm fine" after a
few seconds,
She is not at all fine
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying
When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention
When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once
When a GIRL says I love you,
She means it
When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future
When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that.
Millions of things are running in her mind
When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply
When a GIRL looks at u with eyes full of
questions,
She is wondering how long you will be
around
When a GIRL answers "i'm fine" after a
few seconds,
She is not at all fine
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying
When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention
When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once
When a GIRL says I love you,
She means it
When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future
When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that.
09 June 2011
BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
- Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
- Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
- si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
- Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
- Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
- .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
- Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
- Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
- Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
- Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
- sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
- Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
- Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
- Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
- Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
07 June 2011
itu palsu ... :)
Salam alaika. . .
Selepas selesai menjadi seorang pelajar kursus yang akur menjalani hari hari dengan tugas yang sama , kini aku sudah bebas daripada segala belenggu mimipi ngeri . Yeahh ! memang ngeri .
Sebagai seorang penganggur , memang hari hari aku hadap internet , iaitu facebook walaupun kurang aktif dan juga blog . Twitter ada tetapi jaghang jaghang nak online . Gitu . Sampaikan aku tukar header , tukar background .
Aku bet macam ramai je yang tak perasaan . Tak pe lah . Aku tak berkecil hati . Tapi ada satu hal yang buat aku kecil hati . Aku pasti ramai juga akan berasa marah dan tak selesa jika kau orang berada di tempat aku .
Rupa nya ini lah perasaan apabila gambar mereka di gunakan dengan tanpa izin di jadikan default picture bagi akaun mukabuku , Duh!
Kawan tak nak kalah dengan ghetis je . Sabar je lah . Tak sanggup rasanya nak kutuk bila terpandang gambar sendiri . Tapi itu bukan aku . Nama pun tak nak kalah . Hello , my name is Bella Ayub bukan Fatin .
Eh , kau orang kalau sayang aku apa kata report kan account tu okay . Klik [SINI] untuk report yang akaun itu palsu .
Untuk account mukabuku aku yang sebenarnya ialah
atau search saja dengan nama
Till then, Ma'assalamah .
30 May 2011
fikirkan.
** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.
Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan
Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah
Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung
Ambil Gambar Manja Diri Sendiri, Tengok Sendiri Sudahlah. Kalau Upload Tanggung Risikonya
Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung
Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??
DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!
Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1)
Kesilapan besar:
Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?
Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.
Nasihat:
Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai skirt...!
..................................................................................................
Kesilapan besar:
Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family, pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang telanjang...
Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai makcik-makcik di luar sana ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya..
......................................................................................
Kesilapan besar:
Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama seluar jeans ketat.
Nasihat:
Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1.....
Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2...
......................................................................................................
Kesilapan besar:
Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tidak cover punggung sepenuhnya. Kesannya, bagi sang lelaki peluang tengok bentuk punggung mereka dengan percuma..
Nasihat:
Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!!
................................................................................................................
Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...
Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr seluar mandi yang lebih tebal...?
Ini bukan suatu yang membanggakan......Istighfar ! Istighfar !
..........................................................................................................
Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING ketat..???
Istighfar......
.......................................................................................................................
Kesilapan besar:
Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar.
Nasihat:
Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah labuh menutup ke paras bawah punggung.
...........................................................................................................................
Kesilapan besar:
Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak punggung demi menarik perhatian lelaki. BENGONG.
Nasihat:
Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas duduk atau membongkok di mana sahaja.
p/s :sumber dari sini
24 May 2011
cendol padang polo ipoh terbaek ^^
korang x caye korang p la sane..mmg TERBAEKK la cendol kt sane... x gitu cik bella? kan kan :D
Selamat mencube...
p/s : akk k**i cendul cancel yee
.............
eeee...asyik eee jer... jjjjjj x sabar nk tgk waynag :P ngn tutttt budak T.I tuu.. mapin sane sini :P
19 May 2011
30 perkara perempuan x sempat g taw lelaki
Banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. Ye ke tak sempat bagitau? Silakan baca.
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi atau Assalamualaikum’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak ‘tackle’ kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Nota: tidak semestinya 30 perkara di atas semuanya wujud dalam diri setiap wanita. Tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang ‘apply’ perkara-perkara di atas tu.
p/s : eyh bellaayub rindu laa
18 May 2011
5 sebab hubungan cinta terjejas
Seringkali kita dengar perihal putus cinta, putus kasih, patah hati dan sebagainya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan memang sukar diduga persis gelora ombak dilautan. Apa yang saya cuba kongsikan diharap sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana mahupun diri saya sendiri untuk mengenal kekurangan dan kelebihan diri dan pasangan. Yang lebih utama akhirnya ialah kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya.
Samada kita sudah pun berumah tangga, sedang merancang berumah tangga, sudahpun bertunang, esok nak kahwin atau sedang didesak mencari pasangan, diharap perkongsian tentang 5 sebab mengapa kita sering gagal dalam perhubungan dapat menyedarkan kita tentang apa yang sedang atau bakal kita hadapi. Mana tahu, mungkin kita sedang alaminya tapi tidak sedar. Yang nyata, perkara-perkara kecil juga mampu menggugat hubungan cinta kita. Senang cerita, kalau kita selalu putus cinta atau selalu gaduh dengan pasangan, mari kita sama-sama muhasabah diri, “mana tau kene batang hidung sendiri”.
- Kerjaya – samada pekerjaan kita atau pasangan, mungkin kita terlampau sibuk mengalahkan pak-pak menteri. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk pasangan akhirnya hilang begitu saja. Pasti pasangan tak puas hati lebih-lebih lagi kalau sudah membuat temujanji tapi akhirnya dibatalkan kerana kesibukan bekerja. Lebih serabut bila berpeluang bersantai bersama-sama, isu yang memeningkan kepala di tempat kerja diceritakan kepada pasangan, mahu bertambah serabut dibuatnya. Kesian…
- Suka mungkir janji – siapalah yang suka kalau pasangan asyik mungkir janji. Sebelum tidur, bukan main berjanji, “pagi esok, kite jalan-jalan kat Midvalley yer”. Alih-alih, pasangan dah keluar pergi jumpa kawan-kawan kat kedai mamak. Panas jer..
- Pasal wang – asal keluar makan jer, mungkin yang lelaki akan ‘menderita’. Mana taknya, minggu lepas keluar main bowling, minggu ni makan pizza, minggu depan dah plan nak main bowling lagi, yang parahnya lelaki sebab semuanya dari poket dia. Hal-hal sebegini perlu kebijaksaan dan tolak ansur yang tinggi dari kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dah berumah tangga. Mana yang mampu dikongsi, pandai-pandaila kita berkongsi. Kan seroonok begitu, betul tak?
- Indah khabar dari rupa – mungkin masa kenal awal-awal dulu, lembut gigi dari lidah, tapi bila dah kenal setahun dua, gigi yang lembut di awal perkenalan dah pun dah jadi batu karang. Selagi kita bernama manusia, kita mungkin akan berubah. Kalau berubah kearah kebaikan, baguslah. Tapi kalau berubah menjadi lebih teruk dan mula menjengkelkan, cepat-cepatlah bawa berbincang. Takut-takut merosakkan perhubungan. Buang masa saja kan?
- Lebihkan teman – perkara ini rasanya banyak terjadi. Asal bekas member sebilik yang mintak, boleh saja. Tapi kalau kita yang mintak, macam-macam alasan yang ada. Kita ajak keluar, sekejap saja mahunya, tapi kalau keluar dengan kawan-kawan, nak jawab panggilan telefon pun dah tak jumpa butang. Siapa tak sakit hati kan? Tapi, harus diingat, setiap dari kita mungkin perlukan masa sendiri untuk bersosial bersama teman-teman, bukan bermaksud dia lebih “cintakan” teman-temannya berbanding anda. Janganlah kita berlebih-lebih sampaikan pasangan kita terasa terasing.
- sy just ingin berkongsi sahaja :D
p/s : so sayangi lah org yg betul2 sygkan kite ^^ peace yooww.. eyh rindu bellasukeberbelog la
Subscribe to:
Posts (Atom)















