18 May 2011

5 sebab hubungan cinta terjejas



Seringkali kita dengar perihal putus cinta, putus kasih, patah hati dan sebagainya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan memang sukar diduga persis gelora ombak dilautan. Apa yang saya cuba kongsikan diharap sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana mahupun diri saya sendiri untuk mengenal kekurangan dan kelebihan diri dan pasangan. Yang lebih utama akhirnya ialah kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya.

Samada kita sudah pun berumah tangga, sedang merancang berumah tangga, sudahpun bertunang, esok nak kahwin atau sedang didesak mencari pasangan, diharap perkongsian tentang 5 sebab mengapa kita sering gagal dalam perhubungan dapat menyedarkan kita tentang apa yang sedang atau bakal kita hadapi. Mana tahu, mungkin kita sedang alaminya tapi tidak sedar. Yang nyata, perkara-perkara kecil juga mampu menggugat hubungan cinta kita.  Senang cerita, kalau kita selalu putus cinta atau selalu gaduh dengan pasangan, mari kita sama-sama muhasabah diri, “mana tau kene batang hidung sendiri”.
  • Kerjaya – samada pekerjaan kita atau pasangan, mungkin kita terlampau sibuk mengalahkan pak-pak menteri. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk pasangan akhirnya hilang begitu saja. Pasti pasangan tak puas hati lebih-lebih lagi kalau sudah membuat temujanji tapi akhirnya dibatalkan kerana kesibukan bekerja. Lebih serabut bila berpeluang bersantai bersama-sama, isu yang memeningkan kepala di tempat kerja diceritakan kepada pasangan, mahu bertambah serabut dibuatnya. Kesian…
  • Suka mungkir janji – siapalah yang suka kalau pasangan asyik mungkir janji. Sebelum tidur, bukan main berjanji, “pagi esok, kite jalan-jalan kat Midvalley yer”. Alih-alih, pasangan dah keluar pergi jumpa kawan-kawan kat kedai mamak. Panas jer..
  • Pasal wang – asal keluar makan jer, mungkin yang lelaki akan ‘menderita’. Mana taknya, minggu lepas keluar main bowling, minggu ni makan pizza, minggu depan dah plan nak main bowling lagi, yang parahnya lelaki sebab semuanya dari poket dia. Hal-hal sebegini perlu kebijaksaan dan tolak ansur yang tinggi dari kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dah berumah tangga. Mana yang mampu dikongsi, pandai-pandaila kita berkongsi. Kan seroonok begitu, betul tak?
  • Indah khabar dari rupa – mungkin masa kenal awal-awal dulu, lembut gigi dari lidah, tapi bila dah kenal setahun dua, gigi yang lembut di awal perkenalan dah pun dah jadi batu karang. Selagi kita bernama manusia, kita mungkin akan berubah. Kalau berubah kearah kebaikan, baguslah. Tapi kalau berubah menjadi lebih teruk dan mula menjengkelkan, cepat-cepatlah bawa berbincang. Takut-takut merosakkan perhubungan. Buang masa saja kan?
  • Lebihkan teman – perkara ini rasanya banyak terjadi. Asal bekas member sebilik yang mintak, boleh saja. Tapi kalau kita yang mintak, macam-macam alasan yang ada. Kita ajak keluar, sekejap saja mahunya, tapi kalau keluar dengan kawan-kawan, nak jawab panggilan telefon pun dah tak jumpa butang. Siapa tak sakit hati kan? Tapi, harus diingat, setiap dari kita mungkin perlukan masa sendiri untuk bersosial bersama teman-teman, bukan bermaksud dia lebih “cintakan” teman-temannya berbanding anda. Janganlah kita berlebih-lebih sampaikan pasangan kita terasa terasing.
  •  sy just ingin berkongsi sahaja :D


          p/s : so sayangi lah org yg betul2 sygkan kite ^^ peace yooww.. eyh rindu bellasukeberbelog la                        

2 comments:

Bella Ayub said...

oo okay :)

mizie mozoe said...

oo kay jer?? x mau marah2 oke hehe