29 March 2011

...

nth.

KAWAL AMARAH DAN BERLAPANG DADA



Di dalam Islam juga, kemaafan adalah sebahagian daripada sifat Allah yang yang suka mengampunkan dosa hamba-Nya, kecuali mereka yang syirik kepada-Nya. Namun begitu, ada pula syarat tertentu yang membolehkan Allah mengampunkan dosa hamba-Nya, yakni hamba-Nya yang begitu taat dan patuh serta sentiasa bertaubat kepada-Nya.

Sesungguhnya keutuhan dan kewibawaan konsep kemaafan dalam Islam telah lama terbukti. Malah ia tercatat kemas dalam sejarah Islam.

Misalnya sewaktu Nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar Islam, baginda tidak pernah memusuhi atau memarahi wanita Yahudi yang selalu mencaci, meludah dan melemparkan najis kepada baginda ketika setiap kali melalui berdekatan rumah wanita itu. Dengan sikap kemaafan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, wanita itu telah menganut agama Islam.

Ketika peristiwa Fath Makkah (pembukaan Kota Makkah), Rasulullah tidak pernah melakukan pembunuhan walaupun baginda dan rombongannya telah berjaya menguasai Kota Makkah.

Rasulullah juga pernah memaafkan seorang Arab Badwi yang melakukan kesalahan kencing di dalam masjid. Baginda menegah orang ramai daripada mengerumuni dan menghalangnya. Menurut Anas bin Malik, sebaik saja orang itu pergi, Rasulullah SAW meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya.

Sikap mulia Rasulullah yang sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan musuh-musuh Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa pemimpin masyarakat Musyrikin Makkah ketika itu, menyebabkan suasana hidup aman damai dapat dipertahankan.

Apabila sifat maaf-memaafkan antara satu sama lain itu diamalkan oleh baginda, hasil dakwah Rasulullah adalah positif. Dengan mengamalkan sikap mulia ini, Islam dapat disebarkan dengan meluas.

Selain itu, ketika Saidina Abu Bakar al-Siddiq terlalu marah terhadap Mistah yang turut menyebarkan cerita fitnah (Kisah Ifki) terhadap anaknya, Aisyah, maka beliau telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang diberikan kepadanya.

Menurut ahli tafsir al-Quran, berikutan peristiwa ini, maka turunlah ayat 22 daripada Surah al-Nur yang bermaksud:


“Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang yang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Berpandukan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa manusia yang sedang marah disebabkan oleh perbuatan orang lain yang menyebarkan berita fitnah dan tuduhan palsu seperti yang dihadapi oleh Saidina Abu Bakar dan ahli keluarganya diminta oleh Allah SWT supaya mengambil jalan kemaafan dan berlapang dada terhadapnya.

Sebenarnya sikap ini satu sikap yang mulia dan unggul yang diajarkan oleh agama Islam. Keunggulan dan kemuliaan sikap kemaafan itu, telah meletakkan kemaafan sebagai salah satu sikap penting yang wajar diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam.


Sekiranya sikap bermaaf-maafan ini tersemat rapi dalam diri maka sudah pasti perasaan dendam tidak akan timbul, malahan membuahkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Jika diamati dengan betul, perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Wallahua'lam..

26 March 2011

kerana kau perempuan aku lelaki...



:: Kecantikan Lelaki ::Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik…:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


:: Kegagahan Wanita ::Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah…:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

25 March 2011

tentang kite II

Untuk apa dan kerana apa kita diciptakan oleh Maha Pencipta? Ke arah mana hidup dan kehidupan ini kita halakan? Hidup dan kehidupan adalah sebuah perjalanan; landasan ini untuk kita menuju perhentian seterusnya. Mudah-mudahan dalam perjalanan yang entah bila berakhirnya ini, kita tak pernah tergelincir...

tentang kite ^^

Siapa?



Siapa orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil peduli tentang waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.



Siapa orang yang manis senyumannya? 

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. Lalu berkata lagi, Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMU ini, sambil mengukir senyuman.



Siapa orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapa orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



Siapa orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Siapa orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapa orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan ke mana mata memandang.



Siapa orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapa orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

16 March 2011

catatan jiwang :D

Seseorang yang mencintai kamu, tidak dapat memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya kamulah satu-satunya.

Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah/gila/sengal/stres. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tau. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya atau panggilannya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/bergetar untuk kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.

Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahumu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.

Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata aku mencintaimu dengan mudah, kerana segala yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia sedia mencintaimu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia mencintai dirimu.

Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan berasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan berasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefonmu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan: mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan daripada dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.

Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pendapat daripada kamu.

Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan 'I LOVE U' ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintaimu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan tak terkontrol (secara terus menerus) meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepadamu: Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.

Seseorang yang mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, dia memang mencintai kamu! Cinta itu subjektif, cinta itu ada sejuta satu gambaran rasa... apa yang penting jujur dan ikhlas - kamu pasti bahagia dengan cinta.

14 March 2011

Update

TAK TAHU NAK UPDATE APA ! TU LA DAH LAMA SANGAT TEPU TAK BLOGGING . PADAN MUKA DIRI SENDIRI