01 April 2011

selamat hari jumaat




HARI JUMAAT, HARI MULIA

Mentari pagi nampak ceria,
Kicau burung di pohon pala;
Hari Jumaat hari mulia,
Solat Jumaat berganda pahala.

Belanak, pari, ikan duri,
Cari rempah dimasak kari;
Banyak hari bernama hari,
Hari Jumaat penghulu hari.

Beli pari di pekan sehari,
Isi digoreng rasa sedap;
Banyak hari bernama hari,
Hari Jumaat baca kitab.

Kereta Jepun harga melambung,
Masuk pasaran tersilap langkah;
Harta bertimbun jangan sombong,
Sekelip mata ditarik Allah.

Minum pagi makan biskut,
Selepas minum gosok gigi;
Ada ilmu jangan kedekut,
Saling bantu saling kongsi.

Redup pagi pancing gelama,
Anak seluang cari ibu;
Hidup di kampus tidak lama,
Inilah peluang cari ilmu.

Banyak cawan bernama cawan,
Cawan dibawa dari Inderagiri;
Ramai kawan bernama kawan,
Kawan sejati sukar dicari.

Semai padi tabur melata,
Makan tapai ubi kayu;
Ramai kawan sekeliling kita,
Jangan terpilih kawan palsu

2 comments:

Bella Ayub said...

eee.hengsem nya dak kai baju kotak kotak ni..eee..hengsemnya..hengsemnya..eh!!aehal tetiba rindu lak ni

mizie mozoe said...

nth.