01 July 2011

sabar itu indah ^^

Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat.
Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru.
Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. 
Namun, 
apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran, jiwa, akan stabil semula. diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. 
Benarlah seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 ' Sabar itu umpama sinar matahari..'


   Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan. Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga :
  • Sabar dalam menunaikan perintah Allah
  • Sabar dalam meninggalkan larangan Allah
  • Sabar dalam menghadapi musibah

Jika langit hendak runtuh,
Bagaimana jari hendak menahannya,
Kita hamba yang dibatasi takdir,
Di situlah noktah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran,
Di pinggir pantai kesabaran,
Carilah hiknak tuailah iktibar,
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit,
Janganlah hendaknya dicalar tauhid,
Sesungguhnya sabar itu indah,
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa,
Meningkatkan darjat,
Menambahkan pahala,
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa,
Bagai ombak.....
Penghias Samudera...!

6 comments:

Jer ... said...

Novel ke tu ? Yang . Nice entri . Sabar itu nice :)

mizie mozoe said...

:) haha mekasih

ayanuts said...

yaa..pucuk pangkalnya kena byk sbr :)

My MiRa said...

yo !sabar2 selalu

nida husna said...

assobru minal iman :)

Alexandriana Alia said...

sabar itu indah...