26 March 2011

kerana kau perempuan aku lelaki...



:: Kecantikan Lelaki ::Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik…:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


:: Kegagahan Wanita ::Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah…:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

No comments: