Setiap manusia dijadikan hati, perasaan, perangai, taste dan kesukaan yang berlainan….Ada yang suka sesuatu benda tu, ada juga yang tak suka….. Jangan kita anggap, semua orang sama dengan perangai kita. Jangan kita ingat bila kita suka benda tu, semua orang pun suka.
Kalau orang lain respect kita, kita pun respectla orang lain gak. Bila orang dah cakap dia dah tak suka benda tu,,,jangan kita menidakkan apa yang dia kata kerana kita suka benda tu. Jangan kita menilai seseorang dari perangai kita.
Bila seseorang kata dia tak suka benda tu, jgn kata org tu hipokrit sebab kita suka benda tu. Bila orang tu dah cakap, terus terang apa yang dia suka, tak suka, so, janganla kita kata dia hipokrit kerana tak sama dengan perangai kita… Bukan dia tak suka benda yang kita suka tu sebab kononnya nak tunjuk baik… Tapi, dah memang dia tak suka, dia tak sukala. Kan dia dah berterus-terang yg dia tak suka, kenapa kita kata dia hipokrit??
Kita hidup ada agama..Apa yang kita nak lakukan ingatlah agama. Kalau benda yang kita suka tu, agama tegah..kenapa kita nak buat juga. Kononnya kita tak hipokrit la yek?Kononnya kita tunjukkan perangai sebenar lah yek?? Memangla bagus menunjukkan perangai kita yg sebenar… Tapi, kita ada akal. Bak kata orang, ikutkan hati mati, ikutkan nafsu, lesu… So, kalau kita suka sesuatu benda…berfikirla dahulu benda tu baik atau tak??
Kalau kita cakap je pun, walaupun kita tak buat tapi sebenarnya kita dah menghampiri benda tersebut. .. Bak kata orang lagi…banyak cakap lebih menjuruskan kita kepada yang tidak betul Lagi banyak yg kita cakap, lagi banyak yang kita silap. Lebih baik diam, daripada bicara yang boleh membuatkan fikiran rosak…
Lain orang, lain perangai …Masing-masing ada akal, fikir kan baik buruk setiap apa yg kita nak lakukan….
p/s : yaw... mode rindu si bella ayub
4 comments:
si bella ayub yang tak faham uh
ape yg x paham?
haha.. kenapa SI BELLA AYUB/..
mm binatang pulerrr :)
rindu awak juger
binatang puler ape?
Post a Comment